Tuesday, September 23, 2008

Ramadhan di Samudera

Ramadhan di Samudera

Semalam aku buka puasa kat pejabat, jamah kurma yang nampak berlendir (I don't know why) dan minum air mineral yang Akram (my colleague) beri. Memang bengangla sebab kena sambung discussion dengan bos. Nak buat macamana, kerja punya pasal. Kalau tak, tak dapatla cuti harini untuk bawa mak jumpa ahli fisioterapi di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Balik rumah lebih kurang 10.00 malam, baru dapat shoru sambil tengok tv. TV1 tayang dokumentari orang-orang kita buka puasa kat tempat kerja. Yang paling menginsafkan, Ramadhan di Samudera. Mereka adalah para nelayan kita yang kerja tangkap ikan di laut lepas, yang adakalanya beberapa hari baru balik rumah mendakap isteri dan memegang kepala anak.

Di bulan puasa, nelayan masih terus bekerja macam biasa, tangkap ikan yang kita makan. Best juga jadi nelayan sebab ikan paling segar masuk perut diorang dulu. Yang kita makan tu mungkin dah beberapa hari dalam kapal, tapi masih segarlah. Dalam kapal nelayan, mereka seolah-olah hidup macam biasa, namun dalam hati Tuhan saja yang tahu. Sesekali, kapal beroleng diusik ombak. Mujur masa dokumentari tu dibuat, cuaca nampak mesra. Tapi tu pada mata kita. Berat lagi bahu yang pikul. Anak isteri kat rumah tak lekang bibir dengan doa agar sang suami selamat pergi dan balik. Go out one piece, come back one piece.

Sambil sedap kunyah ikan goreng masak kicap yang rasanya masih manis, mata ni tak lepas dari suasana berbuka dalam kapal di tengah laut. Lepas berbuka, diorang solat Maghrib dan rehat sekejap sebelum sambung kerja. Kerja yang tak sama dengan kita di pejabat yang ada air-cond, kerusi empuk, PC HP, printer, siap ada sofa dalam bilik. Waima dalam bulan puasa, nelayan kerja macam biasa. Maknanya, sahur tak boleh miss langsung, nanti takde tenaga nak tarik jala yang penuh ikan. Kalau di siang hari matahari terik mencengkam kulit, ada risiko dehidrasi. Boleh mati kalau tak sempat ganti air dan garam yang hilang. Tapi muka diorang selamba saja.

Nelayan banting tulang tangkap ikan, kalau tak, bekalan protein kita tak cukup; ikan tu sumber utama protein, ayam jatuh nombor dua.

Sampai di jeti, peraih tunggu dengan tawaran harga tak seberapa. Nelayan bagai tercabut nyawa di samudera, peraih senang-senang untung atas angin. Daylight robbery. Hidup nelayan tak sama macam kebanyakan dari kita. Langkah kerajaan nak beri RM200 sebulan kepada mereka memang kena pada masanya. Walaupun zaman le ni banyak mana la sangat RM200, tapi bolehlah nak bagi dapur berasap.

Nelayan zaman sekarang lagi bertuah berbanding nelayan dulu-dulu.

Dulu lain, sekarang lain. Zaman dah berubah..